Thursday, 2 June 2011

Ibu, jangan tinggalkan saya..!!!

Ibu..
Ibu dah tahu sy ada dlm rahim ibu..?syukur sy dpt berada dlm rahim ibu..ibu gembira?bagaimana agaknya kehidupan itu ibu..pasti gembira dan bahagia kerana dpt berama ibu..
Ibu..
kini genap enam bulan sy berada di dlm rahim ibu..kini sy dah bisa mendengar suara ibu..mendengar kata-kata ibu berbicara dgn yg lain..sungguh merdu suara ibu..tiada yg lebih membahagiakan sy dari sentiasa mendengar suara ibu..sy juga dengar bila ibu bersembang dgn sy..ibu suka berpesan pada sy agar menjadi anak yg soleh..akan sy tunaikan semua itu demi ibu..
Ibu,
sudah tujuh bulan di rahim ibu masih sy tertanya-tanya apakah sy akan terus berada di sini atau apakah kesudahanya..tak pernah leka ibu memberi pesanan pada sy..tak pernah lupe ibu mengaji dan berzikir..tapi kenapa setiap kali itu ibu menangis..kenapa ibu? sy menyakitkan ibu ke?
Ibu,
ibu, ibu tetap org yg sama..ttp memberi pesanan pada sy..pesan ibu..jadilah anak yg soleh..jaga diri sebaik mungkin..jgn sesekali menderhaka atau meawan ibu bapa..bapa? apa itu bapa ibu?mengapa sy tidak pernah mendengar suaranya ibu..siapa bapa ibu?setelah lapan bulan di dalam rahim ibu baru ini ibu menyebut tentang bapa..
Ibu,
hari ini tak seperti biasa..selalunya sy akan bangun kerana mendengar suara ibu tapi...sy mendengar suatu suara yg lain dari ibu..siapa dia ibu..mengapa dia di sini?mengapa suaranya begitu kuat..dia seakan-akan memarahi ibu..ibu,jgn menangis ibu..jgn ibu..sy syg kan ibu..luluh hati sy mendengar ibu menangis..cukup ibu..jelas sekali suara lelaki itu..memarahi ibu,mengherdik ibu,suara ibu terketar-ketar membalas kata-kata..

lelaki: apasal kau ni dgil sgt haah?? aku kan dah suruh kau gugurkan dulu..yg kau degil kenapa? sekarang tak pasal2 aku yg kene..kalau ikut kan hati aku....issskkkhh..
ibu: abg sy syg kn anak ni..dia tak berdosa..
lelaki: aku tak kisah lah semua 2 sekarang..kalau org tau malu aku..

ibu siapa lelaki itu? kenapa dia berkasar dgn ibu..apakah dia tidak prnah tahu yg lelaki itu sebenarnya bertanggunggjawab melindungi kaum hawa..kasihan ibuku..

Ibu,

hari ni sy rasa lain benar..lain benar ibu..rasa hati seperti akan berjauhan dari ibu..ibu sy tidak mahu berpisah dari ibu..JAUH SEKALI PERGI DARI IBU..
ibu kenapa ni ibu?ibu sakit kah?ibu kenapa ibu menjerit kesakitan ibu? apa yg telah terjadi? ibu........... ibu.............ibu.........

lelaki: eh kita kene buang juga anak ini..
ibu: tak bang sy nk jaga ank ni..dia tak berdosa..
lelaki: eh kau jgn degillah..
ibu: anakku sayang..maafkan ibu..

Ibu sy dimana..sy sejuk ibu..ibu dimana..kenapa ibu tak melindungi sy ibu?sy takut ibu..gelap ibu..sejuk ibu..ibu selamat kan sy ibu..sy tak dapat bertahan lagi ibu..mungkin ibu sudah tidak syg kan sy lagi..ibu buang sy..yg sy sangka akan pergi dari ibu..rupanya IBU YG AKAN PERGI DARI SY..apa dosa sy ibu..tidakkah syg ibu pada sy..terima kasih ibu kerana mengizinkan sy menumpang di rahim ibu selama 9 bulan..sy doakan ibu menemui jln yg benar..ibu menjerit hati ini berkata JANGAN TINGGALKAN SAYA IBU..JGN TINGGALKAN SAYA..IBU....IBU.....IBU..........................................................


hamba Allah,
Nukilan hati yg sedih melihat mereka yg sempurna dan masih diberikan amanah namun mensia-siakan nya..
sayangilah amanah Allah..:)
(maaf ayat xberape sastera sekadar suka-suka dan mengingati sesama kita)

No comments:

Post a Comment